Tuesday, April 13, 2010

Kenapa mesti lari

Petang semalam Taman Perumahan kawasan aku dikejutkan dengan pengumuman melalui pembesar suara oleh kenderaan bergerak. Sayup2 kedengaran dari jauh.. aku ingatkan 'apek surat khabar lama' ke... tapi rupanya team Pejabat Kesihatan Daerah... apahal plak !!?
Dimaklumkan mereka hendak melaksanakan semburan racun berkabus dikawasan ini kerana dilapurkan terdapatnya suspek denggi dikalangan penduduk. Wahh ini sudah menakutkan.. kita baru saje kehilangan arwah Din Beramboi dan semua orang mengikutinya malahan ramai juga yang baru sedar akan ancaman nyamuk eades ini dan ianya juga menjadi masalah kepada negara.
Jadi sejurus pengumuman tersebut aku teruslah bertindak membuka semua tingkap rumah dan menyimpan semua makanan ditempat tertutup sepertimana yang diarahkan oleh pegawai bertugas. Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada team tersebut kerana telah melaksanakan tugas dengan begitu tertib dan teratur tanpa menyusahkan penduduk.
Tetapi " kenapa mesti lari ". Begitulah persoalan yang diajukan oleh pegawai bertugas kepada sesetengah penduduk seolah-olah enggan berkerjasama sejurus sebelum semburan dibuat. Mereka menutup pintu rumah, malahan ada yang start enjin kereta dan meninggalkan rumah begitu sahaja dalam keadaan tergesa-gesa. Bukankah semburan ini adalah untuk kebaikan kita bersama bagi mengelakkan bahana yang lebih buruk berlaku. Alahai... apalah sangat kesannya kepada perabut dalam rumah yang diharungi asap kabus yang bersifat sementara tu... Menurut pegawai berkenaan kesan semburan tersebut bukan sahaja menghalau dan mematikan nyamuk malah serangga lain seperti lipas yang dah mula bermastautin dalam rumah juga akan terjejas. Ini sebenarnya telah terbukti keberkesanannya dan banyak membantu.
Sepatutnya NYAMUK yang kena lari... bukannya kita.

No comments: