Sunday, January 21, 2007

Yang tersurat dan tersirat

Dalam mengharungi kehidupan seharian, kita kan bakal menempuh pelbagai persepsi dalam rutin yang telah dirancang ataupun secara spontan bagi memenuhi kewajipan sebagai seorang insan yang kamil diatas mukabumi ini. Walaubagaimanapun dunia yang diwarisi oleh Nabi Adam ini semakin hari semakin tua dan berubah dari zaman berzaman hingga sekarang. Dari sekecil zarah hinggalah seantero dunia dalam pelbagai perspektif boleh dirungkaikan untuk mendapat sesuatu nilai bagi memenuhi keperluan kehidupan yang terbaik. Namun begitu masih ada batasannya......... yang tersurat dan tersirat, daritu mari bersama kita bermula dengan melihat kedalam diri, dalam keluarga, dalam organisasi, dalam masyrakat, sebagai rakyat dalam negara tercinta... dalam apa jua perkara yang tersurat dan tersirat untuk sama-sama berkongsi idea dan pandangan, bukan bertujuan untuk mengajar, mengadu-dumba, melaga atau saja mencari kesalahan dan kelemahan juga bukan bertujuan mengangkat, memertabat dan memaksa lagi mendesak..... tetapi hanya setakat meluahkan sebarang pandangan, luahan yang tersirat berfungsikan hasrat yang positif untuk sama-sama menjadi renungan untuk kebaikan bersama agar kehidupan kita akan bertambah bahagia, makmur, tenteram dan aman.