Thursday, July 19, 2007

Bola tu bulat ke ???... ntah

Semangat yang tinggi...bukan hidung  #@!?/*

Aku teringin gak nak tumpang semangkok bab cite pasai bola ni.., walaupun agak terlambat kut.. tapi belum sejuk lagi.. he he
Yang terlintas dalam kepala aku dari dulu satu je iaitu ngapa hah.. orang kita ni selalunya hanya hero berketok sesama sendiri je.. hebat kalau berentap dalam negeri bagai nak rak, tengok sajelah liga yang sedia ada sekarang nie, wow !! fanatik gila beb ... cakap-cakap pun tak pernah mengalah, semuanya cantik-cantik, hebat-hebat, ntah apa-apa lagi.
Tapi ada jugalah sesekali meletup kat luar sana... apabila dah puas kenduri kehulu kehilir... masuk tahun berikutnya sejuk balik dah.. lembek seperti asalnya.. apa ayam kampong kat Malaysia ni dah tak larat nak bertelur lagi ka !
Aku ingat kena bagi budak kita ni modal sikit halau depa ni keluar negeri cari pengalaman sebanyak mana munkin kemudian baru balik dengan ilmu yang cukup tinggi untuk menaikkan nama negara. Jangan dibiarkan bebudak kita ni hanya hebat bermain sesama sendiri didepan rumah je, bersorak gempita, pastu yang mak bapak ni pulak asyik syok sendiri je bagi joli kat depa dengan habuan yang tak sepatutnya.
Banyak contoh yang ada disekeliling kita, tak payah nak hurai la, buang masa je. Tapi kena terima hakikat lah kalau dah hidangan yang disajikan bagaikan hanya indah dari rasa... sapa pun akan tanpa segan-segan mengkritik sepertimana yang seadanya sekarang ni...
Dulu kita selalu dinobatkan sebagai "jaguh kampung", sebab tu la kut duk sibuk benar nak selalu jadi tuan rumah... tapi apa dah jadi, tersungkur, terjelepuk dilaman sendiri... pastu bermulalah omong-omong tok dalang-tok dalang wayang kulit disana-sini tak abis-abis..
Tapi sesakali seronok juga tengok replika stadium kita yang cukup gah, walaupun rumputnya yang bertompok-tompok macam corak baru lak...jangan mareee
Wassalam.