Wednesday, April 28, 2010

Untuk renungan bersama

Mari kita sama merenung akan post ini yang aku kutip dari website MCPF yang memetik berita daripada Berita Harian seperti berikut  :
  
DUNIA kini berdepan fenomena membimbangkan. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi yang secara langsung meningkatkan taraf  kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral. 

Keruntuhan moral dan nilai kemanusiaan di kebanyakan negara, menimbulkan pelbagai masalah lain iaitu peningkatan gejala ketagihan dadah, hilang rasa hormat kepada ibu bapa dan orang tua, pergaulan bebas serta jenayah juvana.

Sebagai negara yang gigih memburu status negara maju, Malaysia tidak terkecuali daripada masalah itu.
Malah, pelbagai masalah lain yang berkaitan menimbulkan kebimbangan terhadap usaha perpaduan dan pembinaan bangsa. Antaranya ialah masalah polarisasi kaum di  kalangan generasi muda.

Petikan ini bertajuk Nilai kemanusiaan, kekuatan keluarga boleh bendung gejala sosial.

Tuesday, April 13, 2010

Kenapa mesti lari

Petang semalam Taman Perumahan kawasan aku dikejutkan dengan pengumuman melalui pembesar suara oleh kenderaan bergerak. Sayup2 kedengaran dari jauh.. aku ingatkan 'apek surat khabar lama' ke... tapi rupanya team Pejabat Kesihatan Daerah... apahal plak !!?
Dimaklumkan mereka hendak melaksanakan semburan racun berkabus dikawasan ini kerana dilapurkan terdapatnya suspek denggi dikalangan penduduk. Wahh ini sudah menakutkan.. kita baru saje kehilangan arwah Din Beramboi dan semua orang mengikutinya malahan ramai juga yang baru sedar akan ancaman nyamuk eades ini dan ianya juga menjadi masalah kepada negara.
Jadi sejurus pengumuman tersebut aku teruslah bertindak membuka semua tingkap rumah dan menyimpan semua makanan ditempat tertutup sepertimana yang diarahkan oleh pegawai bertugas. Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada team tersebut kerana telah melaksanakan tugas dengan begitu tertib dan teratur tanpa menyusahkan penduduk.
Tetapi " kenapa mesti lari ". Begitulah persoalan yang diajukan oleh pegawai bertugas kepada sesetengah penduduk seolah-olah enggan berkerjasama sejurus sebelum semburan dibuat. Mereka menutup pintu rumah, malahan ada yang start enjin kereta dan meninggalkan rumah begitu sahaja dalam keadaan tergesa-gesa. Bukankah semburan ini adalah untuk kebaikan kita bersama bagi mengelakkan bahana yang lebih buruk berlaku. Alahai... apalah sangat kesannya kepada perabut dalam rumah yang diharungi asap kabus yang bersifat sementara tu... Menurut pegawai berkenaan kesan semburan tersebut bukan sahaja menghalau dan mematikan nyamuk malah serangga lain seperti lipas yang dah mula bermastautin dalam rumah juga akan terjejas. Ini sebenarnya telah terbukti keberkesanannya dan banyak membantu.
Sepatutnya NYAMUK yang kena lari... bukannya kita.

Sunday, April 11, 2010

Angkara dokumen

Dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang dipikul semasa bekerja seharian, kita terkadang terlupa akan kepentingan dokemen dalam kehidupan kita. Apa yang aku maksudkan adalah apa-apa jua catatan yang berhubung kait dengan apa yang kita lakukan hari ini, walau dalam apa bentuk sekalipun untuk makluman hari esok dan kedepan.

Aku pasti ramai yang tergelak atau pandang sebelah mata sahaja. Masih ramai yang tak ambil pusing termasuklah aku kerana ianya terkadang terlalu remeh untuk dilaksanakan.. macamlah cip komputer dalam kepala otak ni tak pernah rosak.....gelong.. he he.

Sebab apa ianya penting ??? skop nya terlalu luas beb untuk dihuraikan dan diperbincangkan. Tapi bolehlah disebut beberapa perkara baik untuk tujuan personel, organisasi, perniagaan dan lain-lain. Hishh malas la aku nak habaq, sendiri mahu ingat lah.

Yang pastinya macam-macam perkara la boleh timbul.... Acapkali la si dahi jendul tu la yang jadi mangsa kena tepuk, garu kepala walaupun tak gatal.., berselerak meja macam ada kucing nak beranak. Kemudian tu tiba-tiba bunyi kapal karam la plak dalam meeting room memecah kesunyian. Report tak siap dan macam-macam lagi. Tak mustahil dalam sesetengah kes ada yang mati terkejut apabila dimaklumkan perkara-perkara yang kita terlupa dan terlepas pandang akibat bahana tak ambil pusing bab dokumen ni dalam mahkamahhhh.... Wanauzubillah..

Fikir-fikir kan lah....jangan sampai muntah dahh le !

.

Saturday, April 10, 2010

Aku Terhibur

Tahniah kepada kedua-dua pasukan bola sepak Kedah dan Negeri Sembilan yang bertanding sakan dalam final FA malam tadi. Lama gak aku tak tengok live-telecast bola sepak malaysia sejak akhir-akhir ni. Munkin dek sedikit sebanyak bahang piala dunia bulan depan kut. Sebenarnya aku dan munkin juga orang lain yang menyaksikan perlawanan malam tadi cukup rasa puas hati walaupun hanya dikaca TV bukan di stadium. Permainan yang cukup cantik penuh semangat dan seimbang dipadang mahupun ditempat duduk penyokong masing-masing menggambarkan bola sepak di negara kita bukannya tak bagus, cuma perlukan sedikit disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Pemain-pemain muda kita cukup berbakat dan harapan rakyat malaysia mereka ini akan mengubah senario bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.Pelan-pelan la ma....

Thursday, April 01, 2010

Baca dan hayatilah selalu

Sedekahkan lah untuk arwah Ibubapa kita, saudara-mara seagama yang telah pergi......