Thursday, August 25, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN




More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments

Thursday, June 23, 2011

Apa-apa Ntahhhh...layan je !!

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

Puisi aku jumpa kat Isuhangat.blogspot.. kahkahkahhhhh,

Friday, January 28, 2011

Stress, stress, stress... tak abis-abis

Biasa lah bro ! stress memang dah menjadi satu rutin pulak bagi orang yang bekerja zaman sekarang ni. Kat sini aku ada kutip beberapa kaedah yang boleh dicuba.
 * Bersantai dengan cara  bernafas. Ketika anda stres, pernafasan menjadi cepat dan cetek, dan tubuh tidak berfungsi sebaik mungkin. Ambil beberapa saat di tempat yang tenang untuk melakukan latihan pernafasan secara sederhana. Letakkan tangan anda pada perut anda dan bernafas ke hitungan tiga. Tahan selama tiga dan kemudian lepaskan nafas, menghitung sampai tiga lagi. Ulangi lima kali. Dengan latihan, anda boleh melakukan latihan ini dalam situasi apapun tanpa orang lain menyedari.
* Melapangkan fikiran anda sebelum tidur, amalan meregangkan keseluruhan otot dan bersantai sehingga semuan stres pergi jauh-jauh. Banyak dari CD relaksasi dipasaran dan juga boleh download di internet. Anda boleh tengok disini
 * Mandi dengan air hangat dengan diiringi muzik yang tenang dan lembut adalah satu kaedah bagi meredakan ketegangan. Cuba dan lihat hasilnya.
 * Cari sebuah buku yang bagus atau menonton filem kegemaran untuk membolehkan fikiran anda berehat untuk sementara dan membawa anda keluar dari kebimbangan anda.
 * Ketawalah ikut suka sambil menonton program TV yang lucu atau berbicara dengan teman-teman yang bisa mengimbau kembali kisah-kisah lucu kehidupan. Tertawa sepuasnya adalah ubat terbaik.
 * Terimalah bahawa setiap orang mempunyai masalah seperti voltan yang ditunjukkan adalah merupakan beberapa titik dalam kehidupan biasa mereka. Anda tidak sendirian. Berkongsilah  perasaan dengan teman terdekat atau seseorang yang anda merasa selesa bercakap dengannya. kehidupan sekarang ini memang sentiasa sibuk tetapi ingatlah untuk memberikan diri anda beberapa ruangan untuk bernafas jauh dari ketegangan dan stres yang menghantui kita. Baca lebih lanjut tentang pemakanan dan tidur dengan baik di sini
 
Semuga sedikit sebanyak yang aku kutip ni boleh membantu anda semua… sebenarnya aku pun dah mencubanya dan terbukti ada kebenarannya. Yang penting sembahyang jangan tinggal dan sentiasalah memohon kepada Nya.

Monday, November 01, 2010

Banjir datang lagi... terima lah seadanya 2 Nov. 2010

Hujan yang tidak berhenti melebihi 48 jam mengakibatkan banjir dikeseluruhan daerah tempat aku tinggal, kebanyakan jalan keluar dan masuk digenangi air dan segala aktiviti hari ini disemua sektor tidak dapat dijalankan... hmmm nak buat camna... terimalah seadanya .. dijangka petang ni dah ok kut...... 

cbebel : banjir tu banjir jugaklah , biasalah setiap tahun lumrah alam... tapi yang musykilnya hanya sedikit sahaja masalah laluan yang  tak boleh dilalui disesetengah tempat menyebabkan orang awam tak boleh keluar bekerja atau melaksanakan rutin biasa seharian,,, so berapa sudah kerugian.. kalau lah masalah yang sama diulang semula ketahun hadapan sedangkan jika diambil tindakan segera menangani masalah yang sekelumit tu sudah pastinya..........

Saturday, October 16, 2010

7 Wasiat Raja-Raja Melayu...renungkan bersama dan ambil perhatian

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama
(Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar
dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan
simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu,
kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam
negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu
memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum
lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Thursday, August 19, 2010

Wahai bangsaku....!

Orang Melayu akan merempat – NGO

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Semua pihak yang telah diamanahkan menjaga kepentingan orang Melayu perlu mengambil serius tindakan meroboh perkampungan Melayu atas alasan pembangunan sehinggakan orang Melayu hilang tempat tinggal dan tanah warisan mereka.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, jika tindakan meroboh perkampungan Melayu terus dibiarkan berlaku, orang Melayu akan merempat di negeri sendiri kerana tiada tanah serta tidak mampu membeli rumah.
Tegasnya, GPMS bersetuju dengan sebarang usaha melindungi perkampungan Melayu di seluruh negara terutamanya di Pulau Pinang tetapi pihak berwajib seperti UDA Holdings Berhad dan yayasan-yayasan bumiputera perlu memainkan peranan mereka.
“Cadangan mewartakan kampung Melayu sebagai kampung tradisi juga boleh diterima tetapi situasi di Pulau Pinang berbeza dengan negeri lain memandangkan status tanah milik swasta sedangkan di negeri lain tanah milik peribadi.
“Bila pihak swasta dan kerajaan negeri pula bersekongkol untuk menghalau orang Melayu, ke mana mereka mahu pergi sedangkan pampasan yang diterima tidak cukup untuk membeli rumah kos rendah sekalipun.
“Jika tidak dipertahankan perkampungan Melayu, hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk ‘mengusir’ orang Melayu akan tercapai dan Pulau Pinang bakal menjadi Singapura kedua,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mengisytiharkan tapak kesemua kampung Melayu di seluruh negara sebagai zon kampung tradisi bagi mengelakkan perkampungan orang Melayu dirobohkan atas alasan pembangunan.
Semalam, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pulau Pinang, Syed Amerruddin Syed Ahmad membuat cadangan tersebut bagi melindungi perkampungan Melayu di Pulau Pinang dirobohkan pemaju seperti di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah di Jelutong dan beberapa kampung lagi di Balik Pulau.
Menurut Jais, UDA dan yayasan bumiputera lain disaran membeli kembali tanah perkampungan Melayu dari pihak swasta dan melindungi penduduknya daripada terus ditipu.
“Ini semua bermula bila penjajah British mengambil tanah orang Melayu dan diberi kepada bukan Melayu serta pihak swasta, sedangkan semua tanah itu asalnya milik orang Melayu.
“Tambahan pula orang Melayu yang berpecah belah memudahkan syarikat swasta mengambil kesempatan, memberi pampasan kecil kemudian membina projek perumahan jutaan ringgit yang tentu sekali tidak mampu dimiliki orang Melayu,” ujarnya.
Tambahnya, orang Melayu, penduduk perkampungan Melayu dan pemimpin Melayu juga perlu bersatu dan kuat mempertahankan tanah warisan bangsa jika tidak mahu hilang hak, negeri dan negara.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar turut menyelar tindakan meroboh perkampungan warisan orang Melayu atas alasan pembangunan.
“Kenapa nak roboh? Lepas roboh rumah kampung orang Melayu, bina pula kondominium berjuta-juta ringgit yang orang Melayu tak mampu beli sedangkan rumah orang Melayu itu merupakan warisan senibina dan budaya kita.
“Saya menyeru semua orang Melayu bersatu supaya tiada lagi pihak berani berbuat sesuka hati atau membuat tuntutan melampau seperti yang berlaku sekarang di kala orang Melayu dilihat lemah kerana berpecah belah,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu perkampungan orang Melayu di seluruh negara dikekalkan sementara peraturan untuk melindunginya diperketatkan.
“Apa juga cadangan untuk perkampungan Melayu, yang penting ia dikekalkan dan penduduknya dilindungi daripada penipuan jual-beli, pindah hak milik dan tukar nama atau status,” katanya.

Wednesday, April 28, 2010

Untuk renungan bersama

Mari kita sama merenung akan post ini yang aku kutip dari website MCPF yang memetik berita daripada Berita Harian seperti berikut  :
  
DUNIA kini berdepan fenomena membimbangkan. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi yang secara langsung meningkatkan taraf  kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral. 

Keruntuhan moral dan nilai kemanusiaan di kebanyakan negara, menimbulkan pelbagai masalah lain iaitu peningkatan gejala ketagihan dadah, hilang rasa hormat kepada ibu bapa dan orang tua, pergaulan bebas serta jenayah juvana.

Sebagai negara yang gigih memburu status negara maju, Malaysia tidak terkecuali daripada masalah itu.
Malah, pelbagai masalah lain yang berkaitan menimbulkan kebimbangan terhadap usaha perpaduan dan pembinaan bangsa. Antaranya ialah masalah polarisasi kaum di  kalangan generasi muda.

Petikan ini bertajuk Nilai kemanusiaan, kekuatan keluarga boleh bendung gejala sosial.